Thursday 27 March 2014

CONFIRMED - NAG 2014 on 25-27 April @ UNITEN





As per earlier posted (Read March's 2014 BlogPOST), an email from Gregory Lau of MCF confirms the rumours that NAG had been postponed.

The new dates are 25-27 April at UNITEN.
A new sponsor is on board. Hence, NAG 2014 will officially be known as "Pelaburan MARA Berhad - National Age Group Chess Championship 2014 (PMB NAG 2014).

As per Event Prospectus - Former World Champion GM Gary Kasparov will be there on the opening day.

Registration via the respective state's chess associations.
Players intending to participate, please liaise with them. For KL its FM Peter Long & for Selangor it's IA Lim Tse Pin.

>>>>>>>

PER: JEMPUTAN RASMI NATIONAL AGE-GROUP CHESS CHAMPIONSHIPS (NAG2014) 25HB APRIL - 27HB APRIL 2014

Y.Bhg. Tuan Presiden /Setiausaha
Persatuan Catur Negeri 

PER: JEMPUTAN RASMI KE KEJOHANAN  NATIONAL AGE-GROUP CHESS CHAMPIONSHIPS (NAG2014) 25HB APRIL – 27HB APRIL 2014 DI DEWAN SERI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NATIONAL (UNITEN) , BANGI, SELANGOR

Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita untuk makluman Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan bahawa Persekutuan Catur Malaysia (MCF) dengan kerjasama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Pelaburan Mara Berhad akan menganjurkan kejohanan National Age-Group Chess Championships mulai dari 25hb April sehingga 27hb April 2014 bertempat di  Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga National (UNITEN), Bangi, Selangor.

3.  Dengan segala hormatnya, kami menjemput pihak Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menghantar pemain-pemain negeri ke kejohanan ini.  Semoga dengan penglibatan diperingkat kebangsaan ini, ia akan memberi peluang kepada mereka melalui pengalaman serta kecemerlangan di kalangan para pemain negeri yang lain. Ia juga akan dapat menyemarakan lagi semangat pemain untuk terus ke mercu antarabangsa dimana juara kejohanan ini akan mewakili negara ke ASEAN, Asian Youth dan World Youth Championships 2014 . 

4. Bersama-sama ini disertakan prospektus kejohanan beserta borang penyertaan  kejohanan untuk rujukan, makluman dan tindakan pihak Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan. Makluman serta pertanyaan lanjut berhubung kejohanan ini boleh diperolehi dengan menghubungi saya Setiausaha Kejohanan En. Gregory Lau  HP 017-2898215  Email: msianchess2010@gmail.com

Kerjasama pihak Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan didalam menjayakan dan memeriahkan kejohanan ini amatlah kami hargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Sekian,

Gregory Lau
Setiausaha Kejohanan

No comments:

Post a Comment